Wednesday 21 October 2015

Tempahan Kalendar Meja 2016 Custom Design Kini Dibuka



Dalam posting ini aku hanya fokus pada Tempahan untuk Mencetak Kalendar Meja 2016 (Desk Calendar) Custom Made Design. Walaubagaimanapun aku memang ada buat kalendar-kalendar jenis lain seperti Wall Calendar, Pocket Calendar atau Ready Made Calendar 2016.

Custom Made Desk Calendar ini bermaksud template kalendar memang dah sedia ada tetapi korang boleh letakkan gambar-gambar atau keterangan produk/perkhidmatan korang pada setiap helaian bulan kalendar tersebut.



Template Kalendar boleh diperolehi dalam 3 jenis iaitu Kalendar Taqwim Hijrah 1437-1438 atau Kalendar Kuda (2016 Racing Horse Calendar) dan Kalendar Korporate/Modern Style.


Tempoh Siap setiap tempahan ialah dari 14 hingga 21 hari bekerja. Harga yang dipaparkan pada gambar ialah untuk Tempoh Siap Standard 14 hari bekerja. Bermaksud sekiranya korang nak Kalendar orang disiapkan dalam waktu singkat (URGENT/A.S.A.P) kurang dari 14 hari bekerja, maka harganya pasti akan lebih mahal.

Kalau nak oder A.S.A.P atau nak siap cepat, disarankan korang tempah Ready Made Kalendar je. Ready Made Kalendar ni boleh siap dalam kurang dari 5 hari bekerja. Sementara Custom Made Design Calendar ini akan mengambil masa sikit untuk menyiapkan rekabentuknya (design). Ini termasuk ketika proses pemilihan gambar, proses memilih layout yang sesuai dan sebagainya.


Kalendar Meja yang lebih murah ialah dari jenis Soft Stand. Sementara Kalendar Meja dari jenis Hard Stand sememangnya lebih mahal sikit harganya tapi nampak lebih ekslusif.

So, bila dah namanya Custom Made Design korang kenalah provide kat aku gambar-gambar produk atau perkhidmatan korang yang beresolusi tinggi. Lagi bagus kalau gambar tu dihasilkan dari hasil photoshoot studio atau dari hasil shoot profesional photographer. Kalau boleh elakkan beri kat aku gambar-gambar yang korang shoot dari kamera hp korang. Dan yang paling dilarang sama sekali ialah beri gambar hasil dari carian google. Koman-komanpun berilah gambar hasil diambil dari DSLR / Compact Digital Camera.

Setiap Tempahan perlu disertakan dengan DEPOSIT sebanyak 80% dari harga keseluruhan dan BAKI dibayar ketika Penghantaran.

Whatsapp aku: 014-263 8781 atau emailkan kepada: rekaprint@gmail.com

Wednesday 2 September 2015

Cetakan Bahan Promosi untuk Filem Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium

Filem Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula esok, 3 September 2015. Skrip filem ini dihasilkan oleh Usop Wilcha sendiri dengan barisan pelakon utamanya ialah Nasir Bilal Khan, Namron, Pyanhabib, Hitler Zami, Faradhiya dan Usop Wilcha sendiri.

Poster Filem Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium
Jalan cerita filem ini seakan-akan menyerupai filem hollywood "Night in the Museum" tetapi diubahsuai ikut kesesuaian latarbelakang dan sejarah negara.

Kerja-kerja mencetak Bunting & Poster Filem
Kami di RekaPRINT dipertanggungjawabkan untuk mencetak & membekal bahan-bahan promosi untuk filem ini seperti Bunting & Poster.

Bunting & Poster yang telah siap dicetak dan sedia untuk dibuat penghantaran
Filem ini diarahkan oleh sutradara Mamat Khalid. Dengar nama Mamat Khalid yang sudah sinonim dengan nama Usop Wilcha, pastinya sudah terbayang di benak fikiran kita akan sebuah karya yang pastinya santai, komedi dan menghiburkan. Sama-samalah kita sokong industri filem tempatan dengan menontonnya di pawagam-pawagam yang berhampiran.

Bahagian Produksi kami bertungkus lumus menyiapkan semua bahan promosi mengikut masa yang dijadualkan

Sunday 23 August 2015

Standee Board atau Human Standee mounting on foam board

Kami di RekaPrint juga ada menawarkan perkhidmatan mencetak & membuat 'Human Standee' atau 'Character Standee'.

Sticker Printed with matte lamination then mounting on foamboard
 Human standee ini biasanya digunakan sebagai props untuk photobooth di majlis-majlis keraian atau sebagai bahan promosi sesuatu produk atau program.

Hello Kitty Standee tempahan dari GiftedGiftedGifted
 Material yang digunakan ialah Human Standee akan dicetak di atas PP Sticker siap dengan finishing matte lamination dan kemudiannya dilekatkan (mounting) pada sekeping foam board ketebalam 5 mm.

Standee yang dilengkapkan dengan Aluminium Stand dibelakangnya
 Ia juga turut dilengkapi aluminium stand atau custom hard board stand bagi menyokongnya untuk berdiri. Kedua-dua jenis stand ini dijual secara berasingan dan turut boleh diperolehi dari kami.

Standee Tema Hawaian tempahan dari Helium & Konfetti
 Bagi memberikan impak lebih maksima, human standee ini juga boleh dipotong mengikut rupabentuk yang dikehendaki iaitu dengan menggunakan laser die-cutting machine. Proses die-cutting ini akan dikenakan charge tambahan.

Ini juga tempahan dari Helium & Konfetti untuk salah satu majlis yang mereka menjadi event plannernya
 Setiap tempahan Human Standee ini mengambil masa 3-4 hari bekerja untuk disiapkan. Namun bagi tempahan yang memerlukannya disiapkan dalam tempoh kurang dari 48 jam waktu bekerja, charge tambahan akan kami kenakan.

Hard Board Stand untuk standee
 Harga bagi membuat Human Standee tanpa proses Die-Cutting kami kenakan dengan hanya RM 7.00 per sq feet. Sementara Standee with Die-Cutting kami kenakan charge hanya RM12 per sq feet.

Tempahan Photobooth Props A0 size dari MyHarapan
 Emailkan design anda kepada kami di rekaprint@gmail.com atau anda juga boleh mengupah kami untuk membuat design dengan kadar upah dari serendah RM30, RM50, RM80, RM100 atau lebih bergantung kepada sejauh mana kesukaran menyiapkan design tersebut.

Tempahan Poster A2 size with Easel Stand dari Izreka Wedding Planner

Thursday 20 August 2015

Replika Cek Hantaran Perkahwinan (Latest Update)

Pada entry sebelum ini, ada dimaklumkan berkenaan perkhidmatan membuat Replika Cek untuk Hantaran Majlis Perkahwinan. Alhamdulillah Replika Cek Hantaran ini merupakan antara Hot Items yang sentiasa mendapat tempahan. Setiap hari secara puratanya pihak kami di RekaPRINT menerima sekurang-kurangnya 5 tempahan untuk membuat Replika Cek Hantaran ini dari seluruh negara.

Namun dalam pelbagai pilihan frame (bingkai) yang ada ditawarkan, terdapat 3 frame yang paling popular seperti yang dipaparkan pada entry kali ini. Sebenarnya ketiga-tiga frame ini ialah dari "Siri Ekslusif" tetapi kami tawarkan dengan harga yang sama dengan frame-frame yang biasa.


So, harganya tetap sama seperti harga sebelumnya iaitu RM70 merangkumi kos percetakan replika cek tersebut + kos membuat frame + kos penghantaran (postage). Samada anda nak datang self pickup atau anda mahu kami poskan, bayarannya tetap SAMA RM70 juga.


Prosedur tempahan tetap sama, anda hanya perlu memaklumkan kepada kami maklumat (details) yang diperlukanseperti berikut:

1) Nama Penerima Cek (Pengantin Perempuan)
2) Nama Pemberi Cek (Pengantin Lelaki)
3) Tarikh Cek (Tarikh Nikah)
4) Nama Bank (CIMB/Maybank/RHB/Bank Islam/Public Bank/Bank Muamalat atau lain-lain)
5) Amount Cek (Nilai Hantaran)

Dan jangan lupa sertakan juga Nama Penuh & Alamat Lengkap anda untuk tujuan pengeposan (POS LAJU).


Sebaik maklumat telah dimaklumkan kepada kami samada menerusi email di rekaprint@gmail.com ataupun lebih mudah buat tempahan menerusi Whatsap/WeChat di talian 014-263 8781 anda hendaklah buat bayaran penuh terlebih dahulu sebelum kami proceed cetakan.


Urusan pembayaran boleh dibuat kepada ZULFIKAR ALI BIN ABD SAMAD
No Akaun Maybank: 1648 5600 6534 atau
No. Akaun CIMB: 7601 5980 18

Sebaik pembayaran telah diterima, artwork akan di drafkan terlebih dahulu dan akan ditunjukkan kepada anda.. Kalau semuanya ok, tiada kesilapan ejaan dan sebagainya, then baru kami akan proceed printing.

Proses mencetak & membuat frame ini memakan masa 3-4 hari bekerja sahaja. Namun demikian pada masa-masa tertentu seperti menjelang musim kenduri kahwin atau cuti sekolah, tempahan yang diterima boleh mencapai hingga 10-20 tempahan cek sehari. Di waktu sebegini leading time penghantaran mungkin akan alami sedikit kelewatan sehingga 4-5 hari bekerja. Jadi, anda hendaklah pastikan membuat tempahan replika cek ini lebih awal.

Jika ada sebarang permintaan untuk kami menyiapkan replika cek ini dalam masa yang singkat (URGENT), charge tambahan akan dikenakan. Tiada masalah untuk kami menyiapkan replika cek ini dalam masa 24 jam asal sahaja anda sanggup membayar kos urgent fees minimum RM20 tambahan harga.

Tuesday 3 March 2015

Rekabentuk Poster Filem Gamatisme

Rekabentuk Poster bukanlah satu tugasan asing buatku. Cuma dah lama malas nak layan job-job yang memerlukan kerja-kerja bersengkang mata mengejar dateline ni. Zaman muda dulu bolehlah kerja 48 jam tanpa henti tanpa tidur. Sekarang ni kalau hadap PC lebih setengah jam pun, kepala dah rasa pening dan berat.

Design Poster Gamatisme peringkat awal
 Namun, baru-baru ini atas permintaan seorang sahabat aku bersetuju layan tugasan remeh-temeh ini kembali. Kadang-kadang rasa gian gak nak turun padang semula. Nak bereksperimentasi semula dengan skill kreativiti yang tinggi. Permintaan dari Penerbit filem GAMATISME keluaran Pencil Pictures & Record Sdn Bhd ini aku terima sebagai cabaran untuk membuktikan aku masih mampu berkarya seperti dulu.

Rekabentuk Poster Filem TOKAN
 Filem Gamatisme ini merupakan filem ke-2 aku terlibat secara langsung dengan syarikat Pencil Pictures & Records Sdn Bhd. Filem pertama aku babitkan diri dengan mereka ialah filem TOKAN. Ketika itu aku hanya diberi peluang dan kepercayaan untuk membekal dan mencetak Poster, Banner, Bunting, T-Shirt dan barangan cenderahati sahaja dan sedikit kerja-kerja design membabitkan pengubahsuaian dan penambahbaikan peringkat akhir pada design poster filem tersebut.

Antara Proposal Design poster filem Gamatisme di peringkat awal
 Untuk Filem Gamatisme ini aku diberikan kepercayaan untuk membuat design dari peringkat awal hingga akhir hasil perkongsian idea bersama dengan penerbit filem ini Dato' Normashayu Puteh dan penerbit penyelaras Yuzaidania Abdullah Shukor. Kerja-kerja design ini dimulakan sejak awal bulan November 2014. Sehingga artikel ini ditulis, pihak penerbitan Pencil Pictures & Records Sdn Bhd telah memaklumkan bahawa filem ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara sekitar akhir bulan April 2015.

Salah satu final design poster filem Gamatisme
 Ketika ini filem GAMATISME ini sedang menjalani proses penapisan daripada Lembaga Penapisan Filem FINAS dan pihak Pencil Pictures & Records sedang mengusahakan agar filem ini dapat ditayangkan di pawagam bermula pada 30 Mei 2015 nanti. Filem Gamatisme ini dibintangi oleh Nabila Huda Suhaimi, Syazwan Zulkifli & Adeline Tsen dan diarahkan oleh sutradara M Hitler Zami.

Ini juga satu daripada design poster Gamatisme peringkat akhir
Semua kerja-kerja membabitkan cetakan poster, bunting, banner dan bahan-bahan promosi yang berkaitan akan dimulakan sebaik sahaja mendapat surat kelulusan tarikh tayangan dari FINAS. Poster-poster yang aku paparkan dalam artikel ini mungkin akan diubahsuai sedikit nanti tetapi so far inilah status terkini proses rekabentuknya.

Antara final design yang di pilih oleh penerbit
Jangan lupa ya sokong industri filem tempatan dengan menontonnya di pawagam berhampiran anda. Karya tempatan tidak meluas pasarannya tetapi jika kita sendiri tidak menyokongnya, siapa lagi?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...