Monday 8 December 2014

Tempahan Bunting & Roll-Up Stand untuk Teater Muzikal Superhero

Tempahan Roll-Up Stand Bunting untuk teater muzikal Superhero ini ialah dari  Helium & Konfetti untuk MyHarapan. Beginilah prosedur bagaimana bunting di pasang kepada stand roll-up ini.


Harga satu set Roll-Up Stand Bunting ini termasuk kos printing ialah RM120 seunit. Namun sekiranya tempahan secara pukal dilakukan iaitu melebihi 10 unit dalam satu masa, maka kami boleh menawarkan anda dengan harga terendah iaitu RM100 seunit.


Bunting yang dicetak untuk di pasang ke stand roll up ini menggunakan standard size 2.5 kaki (lebar) x 6.5 kaki (tinggi) dan dicetak menggunakan material Synthetic Paper dengan pilihan finishing Matte Lamination atau Gloss UV. Resolusi cetakan ialah 1200 dpi yang menyamai standard photographic quality.


Setiap Roll-Up Stand Bunting didatangkan dengan Casing Bag yang memudahkan anda untuk membawa atau menyimpannya.


Bunting pada Roll-Up Stand boleh ditukar setelah sesuatu promosi berakhir. Jadi anda tidak perlu membeli stand roll-up lagi. Anda hanya perlu bawa Roll-Up Stand ini kepada kami dan hanya perlu mencetak buntingnya sahaja. Kami akan menolong anda menukar atau memasang bunting yang baru.


Jangkamasa setiap tempahan untuk disiapkan ialah 1-2 hari bekerja sekiranya artwork/design sudah sedia ada. Kami turut menawarkan khidmat design bunting dengan kadar harga serendah dari RM30 sahaja untuk 1 design. Jadi walaupun anda menempah sebanyak 10 unit rollup stand bunting tetapi kadar upah design hanya dikenakan sekali sahaja sebanyak RM30.


Bagi memastikan kualiti cetakan bunting cantik dan sharp, anda kena pastikan setiap gambar yang digunakan untuk design adalah gambar yang beresolusi tinggi dan bukannya gambar yang anda search di google atau internet.


Sila pastikan artwork/design anda dibuat dengan skala sebenar (actual size) dengan resolusi (dpi) sekurang-kurangnya 150 dpi. Ukuran sebenar bunting untuk roll-up stand dalam inci ialah 30 inci (lebar) x 78 inci (tinggi). Jangan lupa untuk 'flatten' kan image file anda bagi sebelum di emailkan kepada kami bagi memastikan tiada masalah 'missing font' berlaku. Emailkan file dalam format jpeg atau tiff ke rekaprint@gmail.com 

Hubungi talian 014-263 8781 (Whatsapp & WeChat available) untuk maklumat lanjut.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...