Thursday 9 October 2014

Perkhidmatan Mencetak dan Design Tshirt



 Pilihan Baju T Round Neck berkualiti tinggi dengan pelbagai pilihan warna dan boleh diperolehi dari saiz sekecil XS hingga sebesar XXXL.


Kami di RekaPRINT bersedia menawarkan perkhidmatan Membekal & Mencetak T-Shirt dari harga serendah RM10 sehelai untuk cetakan 1 warna di bahagian Depan ATAU Belakang T-Shirt.

Cetakan 1 Warna Bahagian Depan Sahaja
 Sementara untuk cetakan 1 warna di bahagian Depan dan 1 Warna di bahagian Belakang boleh diperolehi dengan harga RM13 sehelai. Harga tersebut adalah untuk kuantiti pesanan minima 50 helai.

Cetakan 1 Warna Bahagian Depan

Cetakan 1 Warna Bahagian Belakang
Walaubagaimanapun kami tiada masalah untuk menerima tempahan kurang dari 50 helai. Namun, kos cetakannya adalah tinggi sedikit, kurang lebih RM3 tambahan dikenakan untuk setiap helai (mengikut jumlah tempahan)

Perkhidmatan rekabentuk grafik untuk cetakan pada tshirt juga ada kami sediakan dengan kadar harga yang berpatutan Hubungi kami 014-263 8781 (Whatsapp & WeChat available) untuk mendapatkan kadar harga servis design kami.

Sementara itu, jika anda boleh design sendiri grafik untuk cetakan tshirt tersebut, anda hanya perlu hantarkan artwork design tersebut dalam format ai (vector) ke rekaprint@gmail.com seterusnya memaklumkan kepada kami jumlah dan warna tshirt yang diperlukan. Sila maklumkan juga pecahan kuantiti saiz-saiz yang diperlukan.

Thursday 2 October 2014

Membuat & Membekal Mock-Up Cheque & Poster

Kami di RekaPRINT juga ada menawarkan perkhidmatan membuat dan membekal Mock-Up Cheque. Tiada syarat tempahan kuantiti minima kami kenakan untuk mendapatkan harga cetakan serendah RM6 sekaki persegi.


Spesifikasi Mock Up Cheque keluaran syarikat kami adalah seperti berikut:

Material: White Sticker ditampal pada foam board
Resolusi Cetakan: 1200 dpi (photographic quality)
Finishing: Matte Lamination / Gloss UV



Untuk membuat tempahan, anda hanya perlu menghantar file design artwork beresolusi tinggi kepada kami di rekaprint@gmail.com dalam format ai / jpeq / psd / pdf. Pastikan file artwork anda dibuat dalam document bersaiz sebenar (actual size) dan beresolusi sekurang-kurangnya 150 dpi


Sekiranya anda perlukan perkhidmatan design atau menyediakan artwork, pihak kami akan mengenakan charge design dari serendah RM30 per design. Sementara khidmat penghantaran turut disediakan ke kawasan seluruh Lembah Klang dengan charge serendah RM30.

Untuk memudahkan perkiraan, di sani kami sertakan harga-harga mock-up cheque dengan saiz-saiz yang biasanya ditempah oleh pelanggan mengikut kehendak pasaran.

Saiz 2ft x 3ft = RM36 each

Saiz 2ft x 4ft = RM48 each

Saiz 3ft x 5ft = RM90 each


Selain mock-up cheques, penggunaan white sticker yang ditampal ke foam board ini juga sesuai untuk kegunaan poster (indoor poster). Biasanya saiz poster yang ditampah ialah dalam saiz A2, A1 atau A0. Berikut kami kemukakan harga-harga Poster siap dengan foam boardnya sekali yang sesuai digunakan untuk tujuan display di booth atau pameran.

Ukuran Poster Saiz A0 ialah 841mm x 1189mm atau 33.1 inci x 46.8 inci = RM72 each

Ukuran Poster Saiz A1 ialah  594mm x 841mm atau 23.4 inci x 33.1 inci = RM36 each

Ukuran Poster Saiz A2 ialah 420 mm x 594 mm atau 16.5 inci x 23.4 inci = RM18 each
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...