Monday 29 September 2014

Harga Cetakan Bunting, Banner & Backdrop Yang Terendah Di KL

Dah hujung-hujung tahun ni dan sementara Cukai GST belum dikuatkuasakan, aku rasa nak bagi harga kaw-kaw lah kat korang kan. Kiranya harga print banner atau bunting atau bakcdrop yang aku nak offer ni SAH selagi GST belum start lah.


Tetapi walaumacammanapun, nak habaq mai siang-siang lah kat korang... Aku dah tak jual tarpaolin murah yang rega below 50 sen tu. Nipis sangat dek... Korang kot yer pun nak murah..toksahlah beli barang yang takde kualiti. Klo gantung hari ni..esok-lusa dah koyak.. Klo tak koyak pun..dia akan bergulung2 kat tepi..

So, aku cuma keluarkan 2 jenis tarpaolin sahaja iaitu Tarpaolin Medium (90 sen per sq ft) dan Tarpaolin Tebal (RM1.50 per sq ft). Harga ni aku offer tanpa sebarang syarat. Oder sekepiang pun aku charge camtu gak.

Selain material Tarpaolin, aku juga ada keluarkan material Synthethic Paper + Lamination Finishing (RM3.00 per sq ft). Material yang ni memang nampak lebih profesional lah. Biasanya material Synthethic Paper ni digunakan untuk buat Bunting Roll-Up Stand.

Satu lagi yang perlu korang ingat, harga ini hanya untuk charge cetakan beserta materialnya. Termasuk finishing sekalilah. Finishing tu maksudnya kalau Bunting, kami akan siapkan sekali dengan PVC Pipenya atas dan bawah + tali dan kalau banner pulak, kami akan siapkan sekali dengan eyelet (lubang) pada setiap penjuru + tali.

Tentang DESIGN plak... ni yang x bestlah kan dengar... Ada charge lain lah.. Kecuali korang nak bunting tu boh tulisan je tanpa sebarang elemen grafik.. Ha tu aku tak charge lah. DAN kalau korang pandai guna perisian AI atau Photoshop elokle korang buat sendiri design tu. Save Bajet gitukan. Tapi make sure file document korang buat dalam Actual Size (Saiz Sebenar). Kalau bunting size 2ft x 6ft jangan korang buat file bersaiz 2 inci x 6 inci pulak.. Ajer kompom pecah seribu kalau print nanti resultnya. Size Sebenar Bunting 2ft x 6ft kalau korang buat dalam Photoshop ialah 24 inci x 72 inci. Resolusinya kalau untuk kegunaan OUTDOOR 72 ppi pun dah OK..tapi kalau untuk kegunaan INDOOR kena set kan 150 ppi. Colour Scheme guna CMYK. Gitule cara-caranya nak buat artwork atau design bunting/banner dalam photoshop dalam aspek teknikalnya.


Bagaimana caranya nak tahu Artwork atau Design yang korang buat tu very sharp kalau dah di cetak nanti? Mudah jer... Kat Photoshop tu cari TOOL 'Kanta Pembesar' dan Click. Bila dah Click nanti, kat bahagian atas akan keluar 'Actual Size' - 'Fit Screen' - 'Fill Screen'. Aaaa korang Click ACTUAL SIZE tu. Then Screen akan ZOOM IN kepada ACTUAL SIZE.. Gitulah Rupa Sebenar Hasil Cetakan nanti. Guna Tool 'Tapak Tangan' dan check setiap inci Design tu.. tengok gambar sharp ke atau blurr... Font sharp ke atau bergigi2.. Kalau tak sharp..maksudnya kenalah korang cari gambar yang lebih tinggi resolusinya. 


Dah selesai design, jangan lupa FLATTEN kan imej atau semua layer2 tu. SAVE abes cerita. Eh! Lom abes lagi...Camner nak emailkan tu? Punyale besau size document..mmg confirm x lepas nak email. Senang je, sekarang banyak  cara nak sharing file-file besar ni.. DROPBOX ada SENDSPACE ada.. Korang upload file tu kat situ then korang share link file tu ke email aku: rekaprint@gmail.com
Lepas tu kita boleh pot pet pot pet kat WeChat atau Whatsapp 014-263 8781


Satu lagi aku akan charge ialah PENGHANTARAN (Delivery Charge). Kena Chargelahlah kan..sekarang kat KL ni asal kuar je buat aktiviti outdoor, sah2 kena tol..kena isi petrol.. Klo jalan kakipun mau abes 2-3 jam masa terbuang. TAPI aku takkan CHARGE DELIVERY kalau korang datang sendiri collect kat Kilang kami di Cheras. Charge Penghantaran bergantung pada korang. Kalau area KL biasanya aku hantar sendiri atau jumpa di mana-mana yang korang selesa. Sementara kalau luar dari Lembah Klang, aku akan proposed guna khidmat bas ekspress. Murah tapi yang lecehnya korang kena tunggu bas tu sampai kat stesen bas yang korang pilih. Satu lagi pesal aku lebih comfortable hantar barang2 ni guna bas ekspress ialah kerana barang terjamin tak rosak. 

Berbeza kalau guna khidmat POS LAJU atau KURIER SERVIS.. lain macam dilambung atau dicampaknya barang-barang tu nanti. Tapi kalau nak pakai gak khidmat Syarikat Kurier, aku takde masalah, cuma aku tak bertanggungjawablah kalau barang-barang yang dihantar tu patah ke, koyak ke, rosak ke.. Cuma aku boleh pastikan barang-barang tu dibalut ngan plastik, dibubuh dalam kotak dan di sealkan..selebihnya aku sendiri kena tawakkal dengan cara pengendalian barang itu diagih dari Branch ke HQ dan ke Branch lokasi yang paling hampir dengan korang dan seterusnya ke depan pintu rumah atau premis perniagaan korang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...